Saturday, December 15, 2007

unidentified mushrooms

Warning Poisonous Mushrooms "do not eat"

Trailer 125 Wild Edible Mushrooms

The Hunt for Wild Magic Mushrooms 1 of 4

Let's Grow mushrooms! pf tek part 3

Let's Grow Mushrooms! pf tek part 4

How Mushrooms Can Help Save the World

Let's Grow Mushrooms! pf tek part 2

Grow Mushrooms from Spores

Let's Grow Mushrooms! pf tek part 1

Psilocybe cubensis shrooms mushrooms "Burma" time lapse

cendawan tiram puchong

Projek Cendawan Tiram Kelabu

Friday, December 7, 2007

Sunday, November 25, 2007

Tanam Taugeh-Bean Sprout

Teknik terkini menggunakan kaedah siraman otomatik tanam Taugeh.
sila email: tonymdy@yahoo.com utk maklumat lanjut.

Saturday, November 24, 2007

Lawatan LPP Labuan ke Kuala Penyu


Lawatan LPP Labuan ke Kuala Penyu.
Projek Cendawan

Monday, November 12, 2007

Benih dari jenis Mung Bean


Percubaan pertama:-
Benih dari jenis Mung Bean yang berumur kira-kira 24jam semasa proses percambahan dan penyemaian.(tunas mula keluar antara 5-7mm waktu tu).

Peralatan yang diperlukan untuk projek taugeh menggunakan kaedah siraman otomatik






Peralatan asas yang diperlukan untuk memulakan projek taugeh selain Air, Letrik dan Bangsal penyemaian antaranya adalah seperti gambar diatas,
1. Tong plastik berwarna hitam lut sinar(food graded).
2. Mesin dril, silicone, polypipe, microjet sprayer dll.
3. solenoid valve.
4. Disc filter.
5. Digital timer.
6. dan apa-apa yang difikirkan perlu..

Saturday, November 10, 2007

Xperiment tanaman Taugeh


Dah tiga hari berlalu saya membuat xperiment sendiri menanam taugeh menggunakan kaedah siraman automatik dan projek pertama ini nampaknya membuahkan hasil yang baik juga le dari segi penghasilan kualiti, masa dan kos. kajian yang dibuat didapati kaedah ini memang sungguh mudah sekali. untuk membincangkan lebih lanjut saya akan sertakan gambar-gambar dan tips sekali di keluaran akan datang - maaf, masa nie saya tengah demam dan kurang sihat ;-(

Taugeh dan Khasiatnya



Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
o Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.
o Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
o Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
o Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
o Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
o Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
o Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
o Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!

Thursday, November 8, 2007

Thursday, October 4, 2007

How to Grow Bean Sprouts

Roger and Anna Wilde show you how easy it is to sprout beans in your own kitchen.
The freshest food you can eat!

Wednesday, October 3, 2007

Tuesday, October 2, 2007

Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian


Telah banyak diperkatakan berkaitan bidang pertanian sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) memberi tumpuan istimewa untuk memperkasakan pertanian dan berharap sektor ini mampu menjadi pemangkin untuk menjana pertumbuhan ekonomi baru yang berdaya saing.

Buku Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian (ed-2,2007) karya Nasnan Jajuli dan diterbitkan oleh Anzagain Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara, Bukuonline.org dan Biro Pertanian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ini sesungguhnya dapat dijadikan panduan berguna kepada para pembaca, terutama yang berminat dengan bidang pertanian.

Memetik dari kata-kata YAB Perdana Menteri di halaman (vi) buku ini menyatakan bahawa "Pertanian sering sangat dihubungkait dengan kemiskinan dan kedaifan. Tanggapan ini tidak benar sama sekali kerana jika aktiviti pertanian diusahakan secara bersungguh-sungguh, ia boleh menjadi satu sumber kekayaan yang kukuh dan lumayan. Kita sememangnya telah memiliki beberapa tokoh pertanian yang berjaya dan boleh dibanggakan tetapi itu tidak mencukupi. Demi meningkatkan martabat dan mutu sektor ini, negara sesungguhnya memerlukan lebih ramai lagi para petani yang dinamik dan mampu mencipta perubahan"

Dari kenyataan YAB Perdana Menteri di atas, jelaslah bahawa sektor pertanian boleh memberi kemewahan dan kejayaan kepada usahawan yang kreatif dan mampu menanggung risiko. Pertanian moden mengikut Nasnan Jajuli tidak lagi bergantung kepada tanah yang luas, sebaliknya para petani turut sama menghasilkan produk taninya selain terlibat dengan sektor pemasaran produk tersebut. Tiga bidang utama sektor pertanian yang sangat berpotensi ialah penanaman, penghasilan produk dan pemasaran. Pilihlah bidang mana yang ingin diusahakan.

Buku ini menggariskan lapan sektor pertanian yang berdaya saing dan maju sekiranya dilaksanakan dengan penuh minat dan kesungguhan. Antaranya (1) Herba Malaysia berpotensi untuk dijadikan ubat-ubatan, (2) Perikanan air tawar, (3) Pembenihan pokok secara kultur tisu, (4) Penternakan ayam kampung, (5) Pembuatan baja organik, (6) Penanaman Kontan secara fertigasi, (7) Penanaman taugeh dan (8) Penanaman cendawan. Meneliti sektor pertanian di atas jelas bahawa kawasan/tanah yang luas tidak sangat diperlukan, memadai jika dilakukan di sekitar kawasan masing-masing.

Buku Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian membekalkan sebahagian ilmu dan pengetahuan kepada para pembaca, yang selebihnya, para pembaca perlu mempraktikkan serta mendapat bimbingan daripada agensi-agensi pertanian lain. Ini harapan daripada sdr. Nasnan Jajuli. Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah serta penuh teliti dan sekiranya dilaksanakan seperti yang dicadangkan maka tidak ada sebab kenapa Anda tidak boleh berjaya dalam sektor pertanian yang anda jalankan!
Info buku:
Tajuk: Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian
Penulis: Nasnan Jajuli
Penerbit: Anzagain Sdn. Bhd.
Bil Halaman: 137
ISBN: 983-037-213-8
Tahun: 2006 (Edisi ke-2, cetakan 2007)

Ke arah industri pertanian berdaya maju

Oleh: Amelia Hashim
KEMENTERIAN Pertanian Malaysia (KPM) dalam usaha memajukan sektor pertanian negara telah merancang pelbagai program transformasi ternakan ke arah mencapai tahap sendiri yang selesa sejajar usaha mengurangkan pergantungan pada pengimportan.

Sehubungan itu kerajaan juga peka terhadap keperluan meningkatkan tahap pendapatan penduduk desa penggunaan teknik-teknik baru dalam bidang penternakan.

Kementerian menerusi dua belas agensi di bawahnya akan bersatu kekuatan ke arah membina industri pertanian yang berdaya maju, mapan dan menguntungkan, kata Menteri Pertanian Malaysia YB Dato’ Dr. Mohd Efendi Norwawi ketika merasmikan Pusat Jualan Lembu Konsep Rimba Sdn. Bhd. (KRSB) di Naka baru-baru ini.

Menurutnya, dalam bidang ini usaha mewujudkan kelompok-kelompok penternak yang mengusahakan ladang secara komersial akan diberi perhatian dan tumpuan yang serius dan menarik minat usahawan menceburi bidang ini secara besar-besaran akan diberi sokongan yang mantap.

Beliau memuji usaha KRSB yang membangunkan ladang ternak kambing kemudian dikembangkan dengan ternakan lembu secara besar-besaran di negeri Kedah ini. Penglibatan KRSB dalam pembangunan industri ruminan ini amat penting dalam memastikan peningkatan pengeluaran daging negara.

Katanya, syarikat ini juga berjaya membawa pembaharuan dalam bidang penternakan dengan penggunaan teknik-teknik baru penternakan yang mengutamakan perkhidmatan proaktif, penggunaan sumber makanan tempatan yang murah tapi berkualiti, serta pengenalan baka bermutu berdaya tahan terhadap serangan penyakit.

Usaha ini berjaya dengan sumber perusahaan tersendiri termasuklah kemudahan kuarantin di Myanmar dan Malaysia, kapal pengangkutan ternakan, penggunaan mekanisma dalam pengurusan perladangan dan pemasaran produk sendiri.

"Pencapaian ini serentak menjayakan hasrat kerajaan merealisasikan satu kejayaan menerusi pendekatan MOA Incorporation (Ministry of Agriculture Incorporated) dalam usahasama agensi di bawah KPM termasuklah Bank Pertanian Malaysia, jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan jabatan Pertanian," katanya.

Menurutnya, Bank Pertanian Malaysia menerusi skim 3F bersedia memberi bantuan kewangan manakala Jabatan Pertanian pula membantu dalam perolehan sumber makanan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan memberi perkhidmatan kepakaran veteriner sepenuh masa kepada kejayaan projek ini.

Katanya, KPM menjadikan negeri Kedah sebagai model pembangunan industri ruminan dengan memberi focus dan perhatian terhadap pembangunan secara bersepadu menggunakan pendekatan MOA Incorporated.

Ketika ini KRSB berjaya menjual 1,500 ekor lembu daging yang harga RM1,300 seekor. Syarikat ini membekalkan lembu untuk keperluan negeri Kedah dan persekitaran di samping tujuan korban.

Syarikat ini diusahakan oleh Dato’ Shahzril Eskay Abdullah dengan isterinya To’ Puan Razmah Kassim merupakan ladang komersil lembu di negeri Kedah ini.

Sebelum itu Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah Dr Quaza Nizamuddin dalam ucapan aluannya berkata 17 peratus daripada 80 peratus keperluan daging lembu dalam negara kita adalah diimport. Oleh itu kadar pengimportan daging lembu menjadi tinggi disebabkan bilangan lembu yang ada di Malaysia terhad dan tidak meningkat dengan ketara bagi memenuhi permintaan dan keperluan negara ini.

Syarikat KRSB setakat ini telah mengimport sebanyak 7,000 ekor lembu dari Myanmar pada tahun lalu dan 1,800 pada tahun ini.

Menurutnya, sejak November 2000 sebanyak 3,600 ekor lembu yang diimport dari sana telah ditempatkan 3,200 ekor lembu jantan bagi tujuan pasaran dan 400 ekor lembu betina untuk dijual sebagai pembiak atau induk.

Lembu-lembu ini mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan Malaysia dari segi cuaca, daya tahan terhadap penyakit dan ada potensi pembiakan yang efisyen.

Dalam majlis itu YB Dato’ Dr. Efendi menyampaikan Sijil Agropreneur Berinovasi 2001 bagi pihak Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad kepada Dato’ Shahzril Eskay Abdullah.

Pengiktirafan ini adalah penghargaan kepada beliau sebagai perintis membangunkan ladang komersial lembu pertama di negeri ini.

Hadir sama di majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Luar Bandar YB Dato’ Haji Zainol Md. Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan YB Dato’ Prof Dr. Othman Ishak.

TEKS UCAPAN - Menteri Pertanian & Industri Makanan Malaysia

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA
DI ANTARA KPD DAN DXN HOLDINGS SDN BHD
22 FEBRUARI 2007, JAM 9.00 PAGI

Pada pagi ini, kita menyaksikan satu lagi majlis menandatangani perjanjian usahasama, kali ini diantara KPD dan DXN. Usahasama ini adalah satu gabungan tenaga diantara KPD dan DXN untuk membangunkan penanaman cendawan secara komersial di negeri ini.

Penanaman cendawan, terutama jenis Shiitake bukan asing bagi KPD. KPD telah terlibat dalam bidang ini sejak 10 tahun yang lalu. Kini, KPD telah menjadikan penanaman cendawan sebagai salah satu perusahaan teras KPD, setelah mengambil kira potensi pasaran produk ini.

KPD telah terlibat dalam penghasilan cendawan dengan kerjasama lebih dari 100 orang petani di daerah Moyog dan Kundasang. Dengan peningkatan projek ini sejak dua tahun lalu, KPD kini menghasilkan diantara 3-4 tan metric sebulan dan KPD merupakan diantara pengeluar cendawan Shiitake terbesar di Malaysia. Sungguhpun demikian, jumlah pengeluaran ini adalah masih kecil dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Oleh sebab itu, KPD telah merancang untuk melipatgandakan jumlah pengeluaran ini dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjadikanya produk untuk dieksport.

Sabah, terutama di daerah Kundasang, memiliki kawasan dan cuaca yang sesuai untuk penanaman cendawan terutama jenis Shiitake. Kalau negara-negara lain hanya boleh menanam cendawan Shiitake pada musim-musim tertentu, kita di Sabah boleh menanamnya sepanjang tahun.

Sungguhpun industri cendawan bukan satu industri baru di pasaran dunia, namun hanya kebelakangan ini industri ini telah mengalami satu peningkatan yang signifikan. Disamping itu, hanya kebelakangan ini industri cendawan mula dikategorikan sebagai edible mushrooms, medicinal mushrooms dan wild mushrooms.

There is a global surge of commercial interest in the mushroom industry. The current market value for edible mushrooms is estimated at US$28-30 billion annually, US$9-10 billion for medicinal mushroom products and about US$3.5-4 billion for wild mushrooms.

Pada tahun 2005, Sabah telah mengimport lebih kurang 152 tan metrik pelbagai jenis cendawan bernilai lebih kurang RM 1 juta. Jumlah ini adalah satu peningkatan sebanyak 37% berbanding dengan jumlah import pada tahun 2004 iaitu sebanyak 111 tan metrik. Kita jangkakan jumlah import ini akan terus meningkat dimasa akan datang.

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan peningkatan permintaan terhadap cendawan di pasaran dunia: Sebab utama ialah peningkatan kesedaran keatas pemakanan yang sihat di kalangan masyarakat. Cendawan terbukti mempunyai khasiat seperti, low energy level, low purine level, low glucose level, low sodium level dan lain-lain lagi, disamping mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sesuai untuk kesihatan. Selain daripada memiliki nilai-nilai pemakanan, penyelidikan juga menunjukkan bahawa beberapa jenis cendawan mempunyai nilai perubatan.

DXN Holdings adalah sebuah syarikat yang juga telah lama terlibat dalam penanaman cendawan, terutamanya jenis Ganoderma. Saya difahamkan DXN bukan sahaja menanam tetapi memproses dan memasarkan produk-produknya ke luar Negara. Dan DXN adalah diantara syarikat pengeksport terbesar produk berasaskan cendawan di Malaysia dan telah membangunkan rangkaian pasaran global termasuk Negara-negara di Timur Tengah.

Dengan pengalaman luas serta kepakaran yang ada pada kedua-dua pihak - KPD dan DXN - saya melihat usahasama ini sebagai satu gabungan tenaga yang mantap dan saya yakin usahasama ini akan mampu membangunkan industri cendawan di Sabah ketahap yang lebih tinggi. Saya juga dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telahpun merancang untuk menjadikan Sabah sebagai hub pengeluar cendawan dirantau ini.

In view of the vast experience of both parties, this joint venture is the most ideal partnership. And we are looking forward to see this strategic alliance between KPD and DXN further develop the mushroom industry in Sabah.

Usahasama ini akan bermula dengan penanaman cendawan Shiitake (edible mushroom) dan Ganoderma (medicinal mushroom) dan seterusnya penanaman jenis cendawan lain yang bernilai tinggi dan yang mempunyai pasaran meluas. Selain dari aktiviti penanaman, usahasama ini juga telah merancang untuk mendirikan kilang untuk memproses produk-produk berasaskan cendawan.

Dalam membangunkan industri cendawan di Sabah, KPD akan menjemput penyertaan pemilik-pemilik tanah di daerah Kundasang dan sekitarnya dalam penanaman cendawan secara kontrak. Oleh yang demikian, usahasama ini bukan sahaja memberi menafaat kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah pada am nya, tetapi ia juga akan membantu usaha kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan di luar Bandar.

Pihak kerajaan menyokong penuh usahasama ini memandangkan ia adalah selari dengan dasar Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri makanan dalam negeri. Matlamat kita bukan sahaja meningkatkan tahap sara diri dalam pengeluaran bahan makanan sebagai langkah untuk mengurangkan bil import makanan, kita juga seharusnya meningkatkan pengeluaran agar dapat menembusi pasaran luar negeri.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkah tahniah dan syabas kepada kedua-dua pihak diatas usaha ini. Harapan saya ialah usahasama ini akan membawa menafaat kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah, selaras dengan Halatuju pembangunan pertanian negeri.


Sekian, terima kasih.

Friday, August 24, 2007

Penyediaan Beg Cendawan

Bahan/Peralatan:


Habuk Kayu Getah

Dedak Halus

Kapur Pertanian

Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)

Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)

Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

Cara:

1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1

2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.

4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas

surat khabar lama dan diikat dengan getah.

Pengukusan Beg Cendawan

Bahan/Peralatan:

Tong Drum,Set Dapur Gas

Cara:

1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.

3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.

4. Kukus 5-6 jam.

5. Sejukkan sebelum disuntik benih.

Penyuntikan Benih

Bahan/Peralatan:

Benih Cendawan

Pencungkil Benih

1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.

2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.

3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan

tutup kembali mulut beg cendawan.

4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari

cahaya matahari)

5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

Memungut Hasil

1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).

3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan

kelembapan dan merendahkan suhu.

4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi

berombak-ombak.

5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

New Wave in Korean Agriculture


King Oyster Mushroom is now quite popular in Korea. There is a mushroom farm receiving attention for its advanced system

KBS NEWS-9 King oyster mushroom

Female farmers are now coming out to ground. A C.E.O is covered for her outstanding mushroom farm.

King Oyster Mushroom on KBS Myhometown

The famous show Myhometown covered a Mushroom farm which is one of the biggest in Korea. You can see how the establish there prosperity

Visiting mushroom farm at Malaysia Fraser Hill area

EDAF group visiting the mushroom farm at Sungei Chalit Foothill Fraser Hill Cameron highland Malaysia.

Cendawan Labuan

Projek Tanaman Cendawan Bukit Kuda Labuan.
foto by tonymdy

Projek Cendawan

Projek Cendawan Labuan, Lawatan ke Tapak Projek Tanaman Cendawan bersama Pengurus Besar Peladang WP. LabuancEn. Sumarang