Tuesday, October 2, 2007

TEKS UCAPAN - Menteri Pertanian & Industri Makanan Malaysia

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA
DI ANTARA KPD DAN DXN HOLDINGS SDN BHD
22 FEBRUARI 2007, JAM 9.00 PAGI

Pada pagi ini, kita menyaksikan satu lagi majlis menandatangani perjanjian usahasama, kali ini diantara KPD dan DXN. Usahasama ini adalah satu gabungan tenaga diantara KPD dan DXN untuk membangunkan penanaman cendawan secara komersial di negeri ini.

Penanaman cendawan, terutama jenis Shiitake bukan asing bagi KPD. KPD telah terlibat dalam bidang ini sejak 10 tahun yang lalu. Kini, KPD telah menjadikan penanaman cendawan sebagai salah satu perusahaan teras KPD, setelah mengambil kira potensi pasaran produk ini.

KPD telah terlibat dalam penghasilan cendawan dengan kerjasama lebih dari 100 orang petani di daerah Moyog dan Kundasang. Dengan peningkatan projek ini sejak dua tahun lalu, KPD kini menghasilkan diantara 3-4 tan metric sebulan dan KPD merupakan diantara pengeluar cendawan Shiitake terbesar di Malaysia. Sungguhpun demikian, jumlah pengeluaran ini adalah masih kecil dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Oleh sebab itu, KPD telah merancang untuk melipatgandakan jumlah pengeluaran ini dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjadikanya produk untuk dieksport.

Sabah, terutama di daerah Kundasang, memiliki kawasan dan cuaca yang sesuai untuk penanaman cendawan terutama jenis Shiitake. Kalau negara-negara lain hanya boleh menanam cendawan Shiitake pada musim-musim tertentu, kita di Sabah boleh menanamnya sepanjang tahun.

Sungguhpun industri cendawan bukan satu industri baru di pasaran dunia, namun hanya kebelakangan ini industri ini telah mengalami satu peningkatan yang signifikan. Disamping itu, hanya kebelakangan ini industri cendawan mula dikategorikan sebagai edible mushrooms, medicinal mushrooms dan wild mushrooms.

There is a global surge of commercial interest in the mushroom industry. The current market value for edible mushrooms is estimated at US$28-30 billion annually, US$9-10 billion for medicinal mushroom products and about US$3.5-4 billion for wild mushrooms.

Pada tahun 2005, Sabah telah mengimport lebih kurang 152 tan metrik pelbagai jenis cendawan bernilai lebih kurang RM 1 juta. Jumlah ini adalah satu peningkatan sebanyak 37% berbanding dengan jumlah import pada tahun 2004 iaitu sebanyak 111 tan metrik. Kita jangkakan jumlah import ini akan terus meningkat dimasa akan datang.

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan peningkatan permintaan terhadap cendawan di pasaran dunia: Sebab utama ialah peningkatan kesedaran keatas pemakanan yang sihat di kalangan masyarakat. Cendawan terbukti mempunyai khasiat seperti, low energy level, low purine level, low glucose level, low sodium level dan lain-lain lagi, disamping mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sesuai untuk kesihatan. Selain daripada memiliki nilai-nilai pemakanan, penyelidikan juga menunjukkan bahawa beberapa jenis cendawan mempunyai nilai perubatan.

DXN Holdings adalah sebuah syarikat yang juga telah lama terlibat dalam penanaman cendawan, terutamanya jenis Ganoderma. Saya difahamkan DXN bukan sahaja menanam tetapi memproses dan memasarkan produk-produknya ke luar Negara. Dan DXN adalah diantara syarikat pengeksport terbesar produk berasaskan cendawan di Malaysia dan telah membangunkan rangkaian pasaran global termasuk Negara-negara di Timur Tengah.

Dengan pengalaman luas serta kepakaran yang ada pada kedua-dua pihak - KPD dan DXN - saya melihat usahasama ini sebagai satu gabungan tenaga yang mantap dan saya yakin usahasama ini akan mampu membangunkan industri cendawan di Sabah ketahap yang lebih tinggi. Saya juga dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telahpun merancang untuk menjadikan Sabah sebagai hub pengeluar cendawan dirantau ini.

In view of the vast experience of both parties, this joint venture is the most ideal partnership. And we are looking forward to see this strategic alliance between KPD and DXN further develop the mushroom industry in Sabah.

Usahasama ini akan bermula dengan penanaman cendawan Shiitake (edible mushroom) dan Ganoderma (medicinal mushroom) dan seterusnya penanaman jenis cendawan lain yang bernilai tinggi dan yang mempunyai pasaran meluas. Selain dari aktiviti penanaman, usahasama ini juga telah merancang untuk mendirikan kilang untuk memproses produk-produk berasaskan cendawan.

Dalam membangunkan industri cendawan di Sabah, KPD akan menjemput penyertaan pemilik-pemilik tanah di daerah Kundasang dan sekitarnya dalam penanaman cendawan secara kontrak. Oleh yang demikian, usahasama ini bukan sahaja memberi menafaat kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah pada am nya, tetapi ia juga akan membantu usaha kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan di luar Bandar.

Pihak kerajaan menyokong penuh usahasama ini memandangkan ia adalah selari dengan dasar Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri makanan dalam negeri. Matlamat kita bukan sahaja meningkatkan tahap sara diri dalam pengeluaran bahan makanan sebagai langkah untuk mengurangkan bil import makanan, kita juga seharusnya meningkatkan pengeluaran agar dapat menembusi pasaran luar negeri.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkah tahniah dan syabas kepada kedua-dua pihak diatas usaha ini. Harapan saya ialah usahasama ini akan membawa menafaat kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah, selaras dengan Halatuju pembangunan pertanian negeri.


Sekian, terima kasih.

No comments: